Rabu, 18 Ogos 2010

PEMBANGUNAN AKADEMIK SUKAN : PEMANGKIN INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA


Sejak kebelakangan ini,perkembangan industri sukan negara telah semakin pesat dan lebih menyeluruh.Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan arena sukan.Kesan daripada sukan Komanwel 1998 memberi tanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan antarabangsa.Kejohanan pelbagai jenis sukan di peringkat antarabangsa telah pun diadakan dan telah dirancang oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan bagi memenuhi hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau 'hub' sukan di rantau ini.Kejohanan seperti temasya Sukan SEA,Hoki Piala Dunia (2002),Sukan FESPIC (2006),kejohanan tahunan Malaysia Grand Prix Formula One,Moto GP dan sebagainya mengukuhkan lagi bukti bahawa Malaysia mampu dan menjana kepakaran untuk menganjurkan temasya sukan peringkat antarabangsa.Bukan itu sahaja Malaysia juga menghadapi saingan untuk menjadi 'hub' sukan di rantau ini apabila,negar jiran Singapura juga berkempen untuk memasarkan negara itu sebagai 'hub' industri sukan antarabangsa dengan menawarkan pakej perkhidmatan sukan yang menarik kepada syarikat multinasional sukan dunia di samping menawar diri untuk menjadi tuan rumah kepada temasya-temasya sukan dunia seperti Singapore Grand Prix Formula One pada sebelah malam,Sukan Remaja Olimpik dan sebagainya.
Industri sukan merupakan suatu sektor yang mempunyai pembahagian yang banyak.Terdapat pelbagai sektor sukan profesional seperti (Liga Super dan Liga Perdana),sukan peringkat universiti (seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia,MASUM) sukan sekolah (Majlis Sukan Sekolah - sekolah Malaysia,MSSM),sukan antara kelab,sukan amatur,sukan massa dan aktiviti sukan yang mempunyai elemen komersil serta kemudahan rekreasi dan organisasi perkhidmatan sukan.Kalau dilihat dari penerapan nilai komersil dalam sukan tempatan,ianya dapat dikesan dengan konsep dasar 'Persyarikatan Malaysia' cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diterjemahkan oleh mantan Menteri Belia dan Sukan,Dato' Abdul Ghani Othman menerusi program Rakan Sukan di awal tahun 90-an.Konsep Rakan Sukan ini menggabungkan persefahaman dan kerjasama intim antara pihak kerajaan,sektor swasta (sebagai tanggungjawab dan menjadi nilai tambah komersil), persatuan dan peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.


Mohd Norazrin Bin Mohamad

205218

MODAL INSAN


Pentingnya Modal insan terhadap sesebauh negara dapat dilihat melaui pencapaian di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika syarikat, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain negara yang maju. Negara-nergara yang tidak mempunyai sumber semujadi yang banyak tetapi dapat membangun dengan pesat dan berjaya kera mereka memiliki modal insan yang berkualiti dan berupaya untuk mengurus semua benda yang dia amanahkan. Modal Insan dapat didefinisikan sebagai "individu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat yang dapat memberikan satu kekuatan kepada negara dalam usaha membangunakan negara yang dianggap melebihi matawang." Modal insan dapat diukur melalui pengalaman kerja, latihan, keupayaan membuat keputusan dan sebagainya untu mencapat matlamat sesuatu kerja.
Modal Insan yang diperkenalkan oleh negara telah menggalakkan semua pihak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti terutama dalam aspek pendidikan. Usaha kerajaan melaksanakan program pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat tepat pada waktunya kerana hasil daripada proses pembelajaran dapat membantu meningkatkan tahap pemikiran mereka. Golongan penduduk kampung juga tidak terkecuali untuk menerima ilmu pengetahuan apabila mereka juga diasediakan tempat untuk belajar seperti di internet desa, pusat kemahiran desa dan sebagainya.
Hal ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup penduduk apabila mereka mula mahir untuk melakukan sebarang perkara dan mereka mampu untuk mempromosikan hasil keluaran mereka. Ini menunjukkan modal insan yang ingin dibentuk tidak mengiri usia. Walaupun pihak kerajaan mensasarkan golongan pelajar tetapi sekiranya golongan warga tua mampu menerima perubahan maka ianya sekaligus dapat meningkatkan eknomi mereka. Modal insan yang diperkenalkan ini juga tidak terhad dalam aspek pendidikan sahaja tetapi ianya merangkumi semua perkara termasuk ekonomi dan sosial.
walaubagaimanapun, modal insan tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jika mereka yang terlibat tidak dilatih dengan berkesan. Jika sesebuah organisasi tidak cekap, pekerjanya akan mendapat kemahiran yang kurang memberangsangkan disebabkan oleh inisiatif yang lemah. Sebagai contoh, sistem pekerjaan yang tidak menggalakkan pekerja terlatih mendapat gaji yang lebih tinggi akan memberi kesan terhadap pelaburan dalam meningkatkan latihan dan kemahiran mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka menjadi malas untuk bekerja dan seterusnya akan memberi kesan kepada pembangunan sesebuah negara.
kesimpulannya, modal insan yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan satu inisiatif yang dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Melalui modal insan tersebut, pembangunan negara dapat dibangunakan dengan mengikut acuan pembungunan negara yang telah dirancang.

NURZURAH MOHD RAHIM
( 205268 )

Selasa, 17 Ogos 2010

SOSIAL BUDAYA


Sosial budaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain.
Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdkaan, perayaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum muslim, mahupun india dan cina. Kesemua kaum akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini akan dijalankan dari tumah ke rumah tanpa mengira kaum dan keturunan. Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.
walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosio budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga. Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar pantang larang tersebut kerana mereka lebih suka mengikut cara moden dan barat. Perkara pertama dapat dilihat adalah dari aspek sosial kaum wanita sama ada dalam pergaulan mahupun perhubungan. Masyarakat hari ini memandang rendah kepada perhubungan antara lelaki dan wanita kerana mereka beranggapan bahawa ianya menunjukkan tentang kehebatan sendiri.
Kesimpulannya, Sosio budaya merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku akibat daripada perubahan sosio budaya penduduk. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah memadang tinggi kepada peradaban sosio budaya melayu.
DARMIATI INDRA

( 205231 )

Isnin, 16 Ogos 2010

BURUH ASING


Buruh asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan kemudiannya bekerja di luar negara untuk mencari dan menambahkan lagi pendapatan mereka. Apa yang kita ketahui,kebanyakan buruh-buruh asing ini berasal dari negara yang serba miskin dan mundur disebabkan terlalu ramai penduduk sehingga ruang pekerjaan tidak mencukupi bagi mereka. pihak kerajaan mereka juga tidak mampu membantu dan menhulurkan bantuaan, malah ada yang langsung tidak memeperdulikan rakyat rakyatnya yang susah, kerana mereka hanya mementingkan pembangunan negara sahaja, tidak pada rakyatnya. jadi, ramai yang telah ke keluar negara untk mencari wang bagi menampung kehidupan keluarga mereka seharian.


Dengan kemasukan buruh-buruh asing ini ke negara kita, negara kita dapat membangun dengan pesatnya seperti sekarang, serentak mengikut aliran kemajuan negara-negara luar. mereka memeng mahir dalam melakukan pekerjaan yang berat seperti memebuat bangunan, jalan raya dan sebagainya. selain itu, mereka memang diperlukan untuk mengurus dan membantu dalam pekerjaan rumah, seperti mengemas, mencuci, memasak dan menjaga anak-anak majikannya. Begitu juga di tempat pusat membeli-belah, di mana banyak wang asing mengambil tempat pekerjaan, mangalahkan warga tempatan kita. kecekapan mereka dalam bekerja memang mengagumkan dan pandai mengambil hati pelanggan.


Namun, semakin ramai kemasukan buruh asing ke negara ini, semakin banyak orang-orang asing tersebut mengaut keuntungan negara kita. Antaranya ialah buruh asing tersebut telah mengambil peluang pekerjaan yang sepatutnya warga tempat laksanakan. Ini telah mendatangkan kesan pada warga tempatan kita, terutamanya pada golongan belia. Disebabkan warga asing inilah, golongan belia tempatan tidak mendapat pekerjaan. tambahan lagi, belia di negara kita tidak mahir dalam pekerjaan berat dan juga terlalu memilih pekerjaan. Dengan demikian, banyak pengangguran berlaku dikalangan orang tempatan.


Selain itu juga, ekonomi kita hanya bergantung pada penghasilan minyak dan gas, tetapi sumber sebegitu memang tidak akan berkekalan. sehubungan dengan itu, negara kita harus memikirkan bagaimana cara untuk mencari sumber ekonomi negara selain dari penghasilan dan penjualan minyak dan gas, jadi, apa salahnya kita menggunakan orang tempatan untuk melakukan kesemuanya demi pembangunan negara kita? Wang yang kita laburkan tidak sia-sia jika untuk warga tempatan daripada dilaburkan kepada orang asing. Dengan ini, ekonomi negara tidak akan susut dan negara akan kembali stabil seperti sedia kala.


Dengan demikian, kita harus mengetahui kesan buruh asing ini terhadap mereka telah membuat negara kita semakin maju, namun mereka juga telah mendatangkan negatif pada kita dan juga negara. Untuk mengelakkan kesan ini berterusan, warga tempatan terutama golongan belia hendaklah mempelajari pelbagai bidang pekerjaan sehingga mereka mahir dan berkebolehan. Ini juga bukan sahaja untuk kebaikkan pada diri mereka, tetapi juga pada negara kerana merekalah golongan yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara.



FARID ZUL BIN MOHD YUSUF

205205

Khamis, 12 Ogos 2010

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT.


Menurut Richard L. Daft,tanggungjawab sosial korporat bermaksud "kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi". Di Malaysia, terdapat pelbagai organisasi yang telah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan baik terutamanya ketika berlaku bencana alam atau malapetaka ke atas sesebuah keluarga atau masyarakat.



Antara syarikat yang sering melaksanakan tanggungjawab sosialnya ialah Syarikat Beras Faiza dengan kerjasama MediaPrima Berhad.Kedua-dua syarikat ini telah melaksanakan sebuah program yang diberi nama Bersamamu.Program Bersamamu merupakan sebuah program khidmart masyarakat yang membantu rakyat yang miskin.Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di seluruh Malaysia untuk membantu golongan fakir miskin.Program terbitan Tv3 ini emndapat sambutan hangat sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2005.Program yang ditayangkan pada jam 9.30 malam,hari rabu ini diharap dapat muhasabah diri dan menimbulkan kesedaran diri sesama insan untuk membantu golongan fakir miskin.



Antara syarikat korporat melaksanakan tanggungjawab sosial untuk berpotensi meningkatkan keuntungan.Skala dan cara syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial adalah berbeza.Hal ini kerana setiap syarikat mempunyai skala yang berbeza dan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sosial mengikut kemampuan syarikat dan sukar dihitungkan.Orlitzky,Schmidt, dan Rynes memdapati ada kaitan di antara prestasi syarikat dan prestasi kewangan.Apabila sesebuah syarikat melaksanankan tanggungjawab sosialnya seperti Ronald Mcdonald House,pelanggan khususnya orang awam berminat membeli produk mereka untuk turut menyumbang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.Walau bagaimanapun,sesebuah syarikat mungkin tidak meramalkan pulangan dalam jangka masa pendek apabila membangunkan strategi tanggungjawab sosial mereka.Hal ini disebabkan oleh keuntungan yang menurun apabila beberapa peratus daripada keuntungan didermakan kepada badan kebajikan seperti rumah orang-orang tua.



Selain itu,tanggungjawab sosial korporat juga dapat meningkatkan imej syarikat.Hal ini kerana apabila sesebuah syarikat itu melaksanakan tanggungjawab sosial seperti syarikat Samsung yang bukan sahaja menderma kepada mangsa tsunami di Balik Pulau,Pulau PInang malahan menghantar beberapa staf mereka untuk membantu mangsa tsunami yang telah trauma dengan kejadian yang berlaku pada 26 Disember 2004 itu.Aktiviti yang dijalankan ini menyebabkan bukan sahaja orang ramai malahan ahli korporat mempunyai perspektif yang positir terhadap syarikat elektronik dari Korea ini.Mereka berpendapat syarikat Samsung ini prihatin dan sedia membantu rakyat yang kesusahan.Peningkatan imej syarikat memudahkan syarikat melakukan pelbagai aktivti seperti mempromosi produk mereka.Hal ini disebabkan jenama produk mereka yang popular disebabkan kegiatan murni mereka.



Orang awam terutamanya golongan fakir miskin yang paling banyak menerima faedah daripada tanggungjawab sosial korporat.Hal ini kerana mereka merupakan golongan sasaran dan pelanggan utama tanggungjawab sosial korporat.Segala khidmat bakti dan sumbangan yang dihulurkan disalurkan kepada mereka.Golongan fakir miskin khususnya akan menerima sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan,malahan barangan elektrik seperti barangan Lg,makanan sepeti beras,serta pendidikan untuk kanak-kanak.Hal ini seterusnya membantu golongan yang berpendapatan paling rendah ini mengharungi kehidupan mereka dengan lebih lancar pada zaman inflasi tinggi ini.Selain itu,anak-anak mereka juga dapat melanjutkan pelajaran bukan sahaja ke sekolah rendah,menengah dan pusat latihan malahan ke institusi pengajian tinggi seperti yang dipapar oleh Tv3 dalam rancangan Bersamamu pada baru-baru ini.



Walau bagaimanapun,terdapat pelbagai masalah yang terpaksa syarikat hadapi apabila melaksanakan tanggungjawab sosial.Antara aspek yang mungkin syarikat mengalami masalah ialah risiko.Pengurusan risisko merupakan aspek utama dalam kebanyakkan strategi korporat.Hal ini kerana semakin tinggi risiko yang telah dihitungkan diambil,maka semakin tinggi pulangan yang diperolehi syarikat.Pelaksanaan tanggungjawab sosial akan meningkatkan imej syarikat dan menarik perhatian bukan sahaja orang awam malahan dari kerajaan,media,dan pemiutang.Sebarang kesilapan kecil yang dilakukan syarikat seperti kesilapan mengira nilai keuntungan dan nilai yang perlu disumbangkan.Hal ini menyebabkan reputasi yang telah lama dibina akan musnah dalam sekelip mata.Selain itu,mereka juga akan dikecam dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan rasuah dan skandal kerana disyaki menyalahgunakan wang sumbangan



Selain itu,orang awam turut menerima impak negatif daripada tanggungjawab sosial korporat ini.Hal ini kerana orang awam terutama fakir miskin berpotensi tinggi untuk dimanipulasikan oleh organisasi yang tidak bertanggungjawab.Mereka(golongan miskin) dipergunakan sebagai imej syarikat seterusnya menyebabkan orang awam melahirkan simpati dan menghulurkan derma kepada golongan miskin.Namun,hakikat sebenarnya wang tersebut hanya diberi beberapa peratus sahaja kepada golongan miskin dan selebihnya diambil syarikat ataupun individu yang berkuasa di dalam syarikat atas kepentingan peribadi.Syarikat yang tidak bertanggungjawab ini juga mampu bertindak melampau dengan mengubah kontrak tanpa pengetahuan fakir miskin yang sepatutnya menerima jumlah tertentu.Selain itu,terdapat juga syarikat yang menyalahgunakan label tanggungjawab sosial dengan melakuka penipuan seperti 'skim cepat kaya'.Mereka menjadikan golongan miskin yang banyak menerima sumbangan sebagai sasaran.Mereka menipu dengan menyatakan niat mereka untuk mengubah kehidupan warga miskin sebaliknya mereka hanya ingin mengambil wang sumbangan yang diterima golongan miskin itu sebelum menghilangkan diri.



Kesimpulanya,tanggungjawab sosial memberi pelbagai kesan postif dan negatif bukan sahaja kepada syarikat malahan orang awam juga.Sehubungan itu,syarikat perlulah mendalami integriti supaya strategi tanggungjawab sosial tidak disalahgunakan dan niat melakukan khidmat sosial adalah ikhlas serta mengekalkan imej baik syarikat.Orang awam juga perlulah menggunakan faedah yang diterima dengan sebaik mungkin bukan demi kepentingan individu,sebaliknya kepentingan keluarga dan masyarakat.Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan. Petikan mutiara kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
MUZAMIR BIN ARIS
( 206611 )

Rabu, 11 Ogos 2010

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Teknologi maklumat dan komunikasi atau Ict (Information And Comunication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data. Ruang lingkupnya sangat luas merangkumi segala aspek terutama dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Jacques Filul (1962) mendefinisikan teknologi sebagai "keseluruhan metode yang secara rasional mengarah dan memiliki efisiensi dalam kegiatan manusia". Menurut Little JOhn (1978), "komunikasi merupakan suatu hal yang sulit kerana sifatnya yang kompleks dan proses yang multidisplin".The International For True Study Comunication Problem(1980) lebih menekankan pengertian komunikasi sebagai "proses pertukaran benda,data,pendapat atau pesanan antara perseorangan dan masyarakat".

Teknologi wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagau jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan sebagai contoh seperti pendidikan,pengiklanan,pemberitahuan,telekomunikasi,dan sebagainya untuk memperoleh maklumat. Hakikatnya, perkembangan Ict sangat membantu mempercepatkan seseorang untuk melakukan kerja dengan lebih cekap,berkesan,mudah,cepat dan dapat membuat keputusan yang lebih baik untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.
Perkembangan teknologi maklumat banyak membantu dunia untuk mencapai kemajuan. Hai ini kerana, melalui perkembangan teknologi maklumat pelbagai perkhidmatan dapat disediakan, contohnya dalam sektor perniagaan. melalui perniagaan yang dijalankan pihak pengusaha dapat memajukan aktiviti perniagaan mereka melalui jualan secara online. selain itu, mereka juga dapat mencari pengguna dengan lebih cepat dan dapat meningkatkan pendapatan harian mereka dengan cepat.
Walau bagaimnapun, teknologi maklumat ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan dunia teknologi maya seperti twitter, facebook, yahoo massanger dan sebagainya. Teknologi maya ini telah menjadikan salah satu keperluan penduduk pada hari ini terutama golongan remaja kerana mereka dapat berinteraksi dalam internet walau pun berada jauh. Perkembangan teknologi maya ini dapat mengeratkan hubungan terutama mereka yang berada di luar negara. Mereka dapat bertanya khabar melalui jaringan sosial yang cepat dan mudah.


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah mencampakkan pelbagai persoalan kepada para pengguna. secara akikatnya,penggunaan ICT mmeberi pelbagai impak positif,namun impak negatif turut timbul disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyalurkan maklumat yang berunsusr pornografi,propaganda,ajaran sesat dan sebagainya melalui minternet.Adalah sukar bagi kita menghalang,menyaring,dan menyekat penggunaan pengaliran bahan negatif meresapi minda kita.,Hal ini membimbangkan kita .Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni.KIta,akibatnya,keruntuhan sosial mungkin berlaku seperti jenayah seks,gangster,buli dan sebagainya.



Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer, golongan yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat melalui laman webnya.Mereka mahir memecahkan kod sekeruti komputer untuk memasuki sistem komputer tersebut untuk menyebarkan virus tertentu melalui emel sehingga melumpuhkan sistem komputer.Terdapat juga pihak-pihak yang menganjurkan "skim cepat kaya" di internet untuk menipu orang.



Ketagihan internet turut mengubah hidup dan peribadi seseorang.Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa.Orang yang dilanda "demam" internet mungkin melupakan corak hidup yang dilaksanakan.Mereka mengabaikan produktiviti kerja.Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya.Mereka mungkin merailkan diri sematapmata hendak menyelami maklumat dalam internet yang tanpa batasannya.Amalan berkelompok,bagai aur dengan tebing akan terhakis.Sebaliknya akan muncul amalan enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Oleh itu internet, menrenggangkan hubungan sesama manusia.



Secara kesimpulannya,teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusia.Kemajuan ini membuka jendela kepada kemungkinan,kegilaan dan malapetaka baru,bergantung pada cara-cara kita manfaatkannya atau menyalahgunakannya.Ibu bapa perlu mngawasi anak-anak mereka melayari internet.Ketahanan diri telah menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui internet.
MOHAMAD BENYAMIN BIN MOHD AMIN
( 205081 )

Selasa, 10 Ogos 2010

RANGKAIAN SOSIAL


Rangkaian sosial merupakan salah suatu jaringan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutama golongan remaja. Rangkaian sosial boleh didefinisikan sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan individu membentuk komuniti sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti antara contoh rangkaian sosial yang hangat pada masa kini ialah myspace,facebook,friendster,twitter dan sebagainya. Namun begitu, penggunaan rangkaian sosial ini juga boleh mendatangkan kesan baik dan kesan buruk antaranya kesan posititf yang boleh diperolehi melalui penggunaan rangkaian sosial ini ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Hal ini bermaksud,melalui rangkaian sosial ini seseorang dapat berhubung semula dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga lain yang telah lama tidak berhubung.Sebagai contoh,seseorang yang hendak mencari sahabat lamanya,boleh berbuat demikian dengan hanya mendaftarkan diri dalam salah sebuah rangkaian sosial yang ditawarkan.Oleh itu,dapatlah dirumuskan bahawa rangkaian sosial sememangnya mengeratkan hubungan silaturrahim antar satu sama lain>Selain itu,kesan positif yang lain ialah dapat mempercepatkan proses penyebaran maklumat seseorang itu tidak perlu bersusah payah untuk menghantar surat,sebaliknya hanya perlu memasukkan maklumat dalam ruangan rangkaian sosial,maka melalui itu rakan-rakan yang lain dapat mengetahui maklumat dengan cepat.Sebagai contoh,jika ingin memaklumkan tentang mesyuarat dan perkara itu boleh dilakuka dengan adanya rangkaian sosial tanpa perlu menghantar memo.Dengan ini,dirumuskan bahawa rangkaian sosial dapat mempercepatkan penyebaran maklumat. Pengggunaan rangkaian sosial juga mendatangkan kesan negatif.Hal ini bermaksud,jika penggunaan rangkaian sosial ini tidak dikawal maka pengguna akan terlalu leka sehingga mengabaikan tugas-tugas yang lain.Sebagai contoh,apabika menjadi terlalu ketagih seseorang itu mungkin akan menjadi malas,tidak berkeinginan untuk belajar dan lupa kepada amalan beribadat/Dengan ini,disimpulkan bahawa penggunanan rangkaian sosial yang tidak terkawal boleh menyebabkan pengguna menjadi ketagih Kesan negatif yang lkain ialah rangkaian sosial ini tidak menjamin keamanan dalam menjaga privasi atau menjaga maklumat peribadi seseorang.Hal ini bermaksud,terdapat sesetengah rangkaian sosial yang mudah dicerobohi oleh pihak dan kemudian maklumat peribadi seseorang digunankan untuk tujuan yang tidak baik.Hel ini boleh dibuktikan apoabila terdapat kes yang melibatkan selebriti tempatan yang mendakwa foto-foto peribadi yang terdapat di laman rangkaian sosial untuk tatapan rakan-rakan,diceroboh dan diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya untuk tujuan yang tiak baik.Oleh itu,jelaslah bahawa rangkaian sosial ini sememangnya tidak menjamin kerahsiaan privasi maklumat peribadi seseorang
Kesimpulannya,rangkaian sosial merupakan sesuatu yang semakin digunakan secara meluas oleh masyarakat.Walau bagaimanapun,pengunaannya secara tidak terkawal boleh mendatangkan kesan negatif,sebaliknya jika dimanfaatkan secara sebaik-baiknya,rangkain sosial ini sangat berguna kepada kita.
NAVANITHAM A/P THANGARASI MATHALIAR
( 2051932 )

KHIDMAT MASYARAKAT



Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKMM) telah ditubuhkan pada tahun 1996,dalam jangka masa 57 tahun,JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglihatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat perang dunia kedua.Peranan dan fungsi jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat sebagai salah satu agensi kerajaaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial.Sebagai contoh JKMM menubuhkan pusat perlindungan untuk golongan remaja yang hamil luar nikah.Namun penubuhan pusat ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakt.Wajarkah kerajaan menubuhkan pusat perlindungan ini?dapatkah masalah sosial di kalangan remaja dibendung dengan adanya pusat perlindungan seperti ini.

Ramai berpendapat bahawa ada baiknya pusat perlindungan ini ditubuhkan dan ada pula yang membangang kewujudan pusat perlindungan mempunyai masalah sosial ini.Kenapa remaja-remaja zaman sekarang mudah untuk terjebak dengan gejala sosial sehingga menyebabkan kehamilan?Hal ini kerana ,remaja zaman sekarang lebih terpengaruh dengan budaya barat.Bagi mereka hidup hanya untuk mendapatkan keseronokkan semata-mata.Mereka mengamalkan perkara-perkara yang merosakkan diri mereka seperti melakukan seks rambang.Bagi mereka lelaki dan perempuan tiada batasan .Apa yang mereka fikir hanya ingin memuaskan nafsu masing-masing sehingga'termengandung' baru mereka menyedari perbuatan mereka itu.Bak kata pepatah,"sudah terhantuk baru nak tergandah".Berpunca daripada masalah seperti inilah masyarakat menganggap pusat perlindungan ini merupakan satu kepentingan.Bagi remaja yang telah terlanjur dan mengandung anak luar nikah mereka akan rasa disisihkan oleh keluarga dan masyarakat.Jadi tempat terbaik untuk mereka adalah pusat perlindungan seperti ini bagi mengelakkan mereka daripada melakukan lebih banyak masalah.Kewujudan pusat perlindungan seperti ini dapat membanteras masalah pengguguran,pembunuhan bayi, dan membuang bayi.Pusat perlindungan untuk remaja yang hamil luar nikah ini sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada remaja untuk menginsafi kesilapan yang telah mereka lakukan dengan bimbingan yang ada.Bukan semua remaja yang berada di pusat perlindungan hasil daripada perbuatan mereka sendiri,malah ada juga yang telah menjadi mangsa rogol dan ikan haruan.


Namun begitu,terdapat juga keburukkan dengan wujudnya pusat perlindungan ini.Ada sesetengah golongan masyarakat berpendapat kewujudan pusat perlindungan ini menggalakkan lagi remaja melakukan gejala sosial.Sebetulnya ada juga kesan negatif terhadap penubuhan pusat perlindungan ini.Kita seolah-olah memberi lesen kepada golongan remaja untuk melakukan maksiat .Hal ini kerana jika mereka melakukan melakukan penzinaan dan termengandung anak luar nikah sekalipun mereka tidak perlu bimbang,kerana mereka tahu bahawa kerajaan memberi perlindungan kepada mereka.Terdapat juga segelintir remaja yang keluar daripada pusat perlindungan tetapi masih terjebak dengan kancah penzinaan ini.Berbaloikah kerejaan menubuhkan pusat seperti ini ibarat mencurah air ke daun keladi saja,tidak memberi sebarang kesan kepada mereka .Apa yang mereka cari tetap keseronokan yang hanya seketika.
Kesimpulannya,terdapat kesan negatif dan kesan positif dengan memwujudkan pusat perlindungan kepada golongan remaja yang telah hamil anak luar nikah.Penubuhan kepada golongan remaja yang telah hamil anak luar nikah.Penubuhan pusat perlindungan ini akan berjaya dan dapat mencapai matlamat serta objektif sebenar penubuhan sekiranya golongan remaja yang keluar daripada pusat perlindungan ini tidak mengulangi perbuatan mereka.Sekiranya objektif penubuhan ini tidak dapat dicapai tanpa adalah satu usaha yang sia-sia dan membuang masa semua pihak.


NURUL SHAHIDAH BINTI AWANG MOHAMED
( 205315 )

Sabtu, 7 Ogos 2010

WANITA DAN PEMBANGUNAN



wanita merupakan salah satu pemangkin pembangunan negara dimana wanita dapat menolong dan membantu golongan lelaki untuk berjaya. Hal ini kerana, wanita merupakan seorang individu yang penting kepada lelaki kerana wanita merupakan pencetus semangat bagi lelaki.
walaubagaimanapun, perkembangan dunia hari ini telah menjadikan wanita setanding dengan lelaki dan wanita pula mula mencipta kejayaannya sendiri. Peranan yang dimainkan oleh wanita dalam membantu membangunkan negara dapat dilihat dari pelbagai kejayaan antaranya melalui penglibatan wanita dalam bidang sukan, usahawan, guru, dan sebagainya.
Kejayaan wanita ini adalah pemangkin kepada pembangunan kerana ytelah menaikkan nama negar dan melahirkan golongan yang disegani seperti Dato' Nicol Ann David. Kejayaaan beliau dalam bidang sukan telah menaikkan nama beliau ke peringkat dunia dan sekaligus negara Malaysia disegani ramai. Kejayaan beliau telah menjadi tonggak kepada kaum wanita yang lain untuk menceburkan diri dalam sebarng aktiviti di Malaysia.
Wanita yang berjaya pada hari ini merupakan wanita yang sangat aktif dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka. Walaupun mereka sangat aktif tetapi mereka masih boleh menjalankan tanggungjawab mereka sama ada sebagai interi, ibu dan anak. Mereka akan memastikan kasih sayang yang diberikan mencukupi dan dapat megeratkan hubungan tersebut denagn semakin baik. Oleh itu, Kejayaan wanita pada hari ini tidak boleh dipertikaikan denagn sewenang-wenangnya kerana mereka boleh melakukan kerja-kerja tersebut tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.
walau bagaimanapun, kejayaan wanita pada hari ini telah menyebabkan beberapa masalah apabila terjadinya gejala sosial yang semakin berleluasa. Hal ini dapat dilihat melalui kegiatan pembuangan bayi dimana ramai yang menganggap kaum wanita yang berstatus ibu gagal melaksanakan peranan mereka dirumah. Pengabaian mereka terhadap keluarganya akibat daripada kelalaian merka bekerja menyebabkan golongan remaja tidak mendapat didikan yang sempurna. Malahan kehidupan mereka juga bebas kerana tidak dipantau
Kesimpulanya, kejayaan wanita sangat penting kepada pembangunan negara kerana wanita juga menjadi penyumbang kepada pembagunan negara. penglibatan wanita di Malaysia sangat aktif dalam semua bidang terutama bidang sosial kerana mereka adalah pencetus utama kepada golongan lelaki yang ingin berjaya. wanita merupakan tiang negara, bangunan sesebuah negara akan semakin kuat dan kukuh apabila kedudukan wanita dalam sesebuah tugas dan tanggungjawab mereka semakin baik contohnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa tokoh wanita yang lain.

MUHAINI BINTI MUDA
( 130455 )

Khamis, 5 Ogos 2010

BUDAYA MEMBACA MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG



Membaca adalah satu amalan mulia dan merupakan jabatan ilmu kepada semua manusia. Oleh itu, pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi dan pelajari daripada amalan membaca. Dengan amalan membaca sahaja ianya membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan mempunyai imagenasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding dengan orang yang kurang membaca. Menurut Kenedy (1981) membaca adalah "keupayaan seseorang untuk mengencam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengelaman lalu, memahami dan mentafsir maksud".

Amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri seseorang. Hal ini kerana, perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca berbanding individu yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Sikap individu yang suka membaca tersebut dapat melahirkan seorang manusia yang berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan menjadi pemimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan sesebuah negara tersebut.

Budaya membaca merupakan amalan yang sepatutnya dialmalkan sejak dari kecil lagi. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk membaca dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejajar dengan kehendak negara yang ingin menjadikan masyarakat di Malaysia berilmu pengetahuan yang tinggi, maka ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Agama islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbuktilah kelahiran ramai tokoh-tokoh ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sinar, Ibnu Khawarizmi, Ibnu Biruni dan ramai lagi. Kesemua tokoh-tokoh tersebut memulakan penerokaan mereka daripada bacaan sama ada bacaan lisan mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan baru.
Semua pemimpin negara juga menggalakkan masyarakatnya membaca supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam menerima kecanggihan dan kemodenan dunia. Bagi masyarakat jepun, membaca sudah menjadi tabiat dan amalan mereka kerana daripada amalan membaca mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan juga dapat berdaya saing dengan dunia luar.

Walaubagaimanapun, masyarakat yang menerima perubahan teknologi yang moden dan canggih hari ini telah menjadikan amalan membaca tersebut dengan membaca perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Kebanyakan golongan remaja hari ini,menambahkan ilmu pengetahun mereka melalui bacaa-bacaan yang berunsur ganas dan tidak mendatangkan faedah contohnya seperti majalah lucah, majalah-majalah yang berkaitan dengan perkara yang negatif seperti hiburan buli, gengsterisme, pegangan agama yang sonsang dan sebagainya. Oleh hal yang demiakian, amalan ini telah menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja menjadi rendah akhlak dan cetek ilmu pengetahuan. Jenis bahan bacaan yang boleh dikategorikan sebagai 'lucah' atau tidak sopan ialah yang mengeksploitasikan seks sebagai bahan utama. Bagi sesetengah bahan bacaan ini, mereka memaparkan gambar wanita mendedahkan tubuh badan mereka dan aksi menggoda untuk dijadikan sebagai pelaris jualan. Disebabkan remaja sering disogok dengan cerita sedemikian, golongan tersebut mudah terpengaruh sehingga menjadi seronok dan ketagih. Ini akan menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara matang dan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Oleh hal yang demikian, masalah ini hendaklah dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat terutama ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak menjadi liar disebabkan pengabaian daripada ibu bapa. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan hendaklah menjalankan pemantauan terhadap penerbit buku tersebut terutama memantau buku-buku yang datang dari luar negara. Hal ini kerana, melalui amalan membaca, kita dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang tetapi apabila terdapat golongan masyarakat yang membaca ilmu yang sonsang akan menyebabkan mereka mudah untuk dijajah. Membaca merupakan jambatan ilmu dan tiang pembangunan kepada semua.

(MOHD ZHAFAR IQBAL BIN AB WAB)
206638