Membaca adalah satu amalan mulia dan merupakan jabatan ilmu kepada semua manusia. Oleh itu, pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi dan pelajari daripada amalan membaca. Dengan amalan membaca sahaja ianya membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan mempunyai imagenasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding dengan orang yang kurang membaca. Menurut Kenedy (1981) membaca adalah "keupayaan seseorang untuk mengencam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengelaman lalu, memahami dan mentafsir maksud".
Amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri seseorang. Hal ini kerana, perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca berbanding individu yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Sikap individu yang suka membaca tersebut dapat melahirkan seorang manusia yang berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan menjadi pemimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan sesebuah negara tersebut.
Budaya membaca merupakan amalan yang sepatutnya dialmalkan sejak dari kecil lagi. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk membaca dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejajar dengan kehendak negara yang ingin menjadikan masyarakat di Malaysia berilmu pengetahuan yang tinggi, maka ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Agama islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbuktilah kelahiran ramai tokoh-tokoh ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sinar, Ibnu Khawarizmi, Ibnu Biruni dan ramai lagi. Kesemua tokoh-tokoh tersebut memulakan penerokaan mereka daripada bacaan sama ada bacaan lisan mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan baru. Semua pemimpin negara juga menggalakkan masyarakatnya membaca supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam menerima kecanggihan dan kemodenan dunia. Bagi masyarakat jepun, membaca sudah menjadi tabiat dan amalan mereka kerana daripada amalan membaca mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan juga dapat berdaya saing dengan dunia luar.
Walaubagaimanapun, masyarakat yang menerima perubahan teknologi yang moden dan canggih hari ini telah menjadikan amalan membaca tersebut dengan membaca perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Kebanyakan golongan remaja hari ini,menambahkan ilmu pengetahun mereka melalui bacaa-bacaan yang berunsur ganas dan tidak mendatangkan faedah contohnya seperti majalah lucah, majalah-majalah yang berkaitan dengan perkara yang negatif seperti hiburan buli, gengsterisme, pegangan agama yang sonsang dan sebagainya. Oleh hal yang demiakian, amalan ini telah menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja menjadi rendah akhlak dan cetek ilmu pengetahuan. Jenis bahan bacaan yang boleh dikategorikan sebagai 'lucah' atau tidak sopan ialah yang mengeksploitasikan seks sebagai bahan utama. Bagi sesetengah bahan bacaan ini, mereka memaparkan gambar wanita mendedahkan tubuh badan mereka dan aksi menggoda untuk dijadikan sebagai pelaris jualan. Disebabkan remaja sering disogok dengan cerita sedemikian, golongan tersebut mudah terpengaruh sehingga menjadi seronok dan ketagih. Ini akan menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara matang dan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek.
Oleh hal yang demikian, masalah ini hendaklah dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat terutama ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak menjadi liar disebabkan pengabaian daripada ibu bapa. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan hendaklah menjalankan pemantauan terhadap penerbit buku tersebut terutama memantau buku-buku yang datang dari luar negara. Hal ini kerana, melalui amalan membaca, kita dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang tetapi apabila terdapat golongan masyarakat yang membaca ilmu yang sonsang akan menyebabkan mereka mudah untuk dijajah. Membaca merupakan jambatan ilmu dan tiang pembangunan kepada semua.
(MOHD ZHAFAR IQBAL BIN AB WAB)
206638