Rabu, 18 Ogos 2010

MODAL INSAN


Pentingnya Modal insan terhadap sesebauh negara dapat dilihat melaui pencapaian di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika syarikat, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain negara yang maju. Negara-nergara yang tidak mempunyai sumber semujadi yang banyak tetapi dapat membangun dengan pesat dan berjaya kera mereka memiliki modal insan yang berkualiti dan berupaya untuk mengurus semua benda yang dia amanahkan. Modal Insan dapat didefinisikan sebagai "individu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat yang dapat memberikan satu kekuatan kepada negara dalam usaha membangunakan negara yang dianggap melebihi matawang." Modal insan dapat diukur melalui pengalaman kerja, latihan, keupayaan membuat keputusan dan sebagainya untu mencapat matlamat sesuatu kerja.
Modal Insan yang diperkenalkan oleh negara telah menggalakkan semua pihak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti terutama dalam aspek pendidikan. Usaha kerajaan melaksanakan program pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat tepat pada waktunya kerana hasil daripada proses pembelajaran dapat membantu meningkatkan tahap pemikiran mereka. Golongan penduduk kampung juga tidak terkecuali untuk menerima ilmu pengetahuan apabila mereka juga diasediakan tempat untuk belajar seperti di internet desa, pusat kemahiran desa dan sebagainya.
Hal ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup penduduk apabila mereka mula mahir untuk melakukan sebarang perkara dan mereka mampu untuk mempromosikan hasil keluaran mereka. Ini menunjukkan modal insan yang ingin dibentuk tidak mengiri usia. Walaupun pihak kerajaan mensasarkan golongan pelajar tetapi sekiranya golongan warga tua mampu menerima perubahan maka ianya sekaligus dapat meningkatkan eknomi mereka. Modal insan yang diperkenalkan ini juga tidak terhad dalam aspek pendidikan sahaja tetapi ianya merangkumi semua perkara termasuk ekonomi dan sosial.
walaubagaimanapun, modal insan tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jika mereka yang terlibat tidak dilatih dengan berkesan. Jika sesebuah organisasi tidak cekap, pekerjanya akan mendapat kemahiran yang kurang memberangsangkan disebabkan oleh inisiatif yang lemah. Sebagai contoh, sistem pekerjaan yang tidak menggalakkan pekerja terlatih mendapat gaji yang lebih tinggi akan memberi kesan terhadap pelaburan dalam meningkatkan latihan dan kemahiran mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka menjadi malas untuk bekerja dan seterusnya akan memberi kesan kepada pembangunan sesebuah negara.
kesimpulannya, modal insan yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan satu inisiatif yang dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Melalui modal insan tersebut, pembangunan negara dapat dibangunakan dengan mengikut acuan pembungunan negara yang telah dirancang.

NURZURAH MOHD RAHIM
( 205268 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan