Khamis, 12 Ogos 2010

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT.


Menurut Richard L. Daft,tanggungjawab sosial korporat bermaksud "kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi". Di Malaysia, terdapat pelbagai organisasi yang telah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan baik terutamanya ketika berlaku bencana alam atau malapetaka ke atas sesebuah keluarga atau masyarakat.



Antara syarikat yang sering melaksanakan tanggungjawab sosialnya ialah Syarikat Beras Faiza dengan kerjasama MediaPrima Berhad.Kedua-dua syarikat ini telah melaksanakan sebuah program yang diberi nama Bersamamu.Program Bersamamu merupakan sebuah program khidmart masyarakat yang membantu rakyat yang miskin.Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di seluruh Malaysia untuk membantu golongan fakir miskin.Program terbitan Tv3 ini emndapat sambutan hangat sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2005.Program yang ditayangkan pada jam 9.30 malam,hari rabu ini diharap dapat muhasabah diri dan menimbulkan kesedaran diri sesama insan untuk membantu golongan fakir miskin.



Antara syarikat korporat melaksanakan tanggungjawab sosial untuk berpotensi meningkatkan keuntungan.Skala dan cara syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial adalah berbeza.Hal ini kerana setiap syarikat mempunyai skala yang berbeza dan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sosial mengikut kemampuan syarikat dan sukar dihitungkan.Orlitzky,Schmidt, dan Rynes memdapati ada kaitan di antara prestasi syarikat dan prestasi kewangan.Apabila sesebuah syarikat melaksanankan tanggungjawab sosialnya seperti Ronald Mcdonald House,pelanggan khususnya orang awam berminat membeli produk mereka untuk turut menyumbang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.Walau bagaimanapun,sesebuah syarikat mungkin tidak meramalkan pulangan dalam jangka masa pendek apabila membangunkan strategi tanggungjawab sosial mereka.Hal ini disebabkan oleh keuntungan yang menurun apabila beberapa peratus daripada keuntungan didermakan kepada badan kebajikan seperti rumah orang-orang tua.



Selain itu,tanggungjawab sosial korporat juga dapat meningkatkan imej syarikat.Hal ini kerana apabila sesebuah syarikat itu melaksanakan tanggungjawab sosial seperti syarikat Samsung yang bukan sahaja menderma kepada mangsa tsunami di Balik Pulau,Pulau PInang malahan menghantar beberapa staf mereka untuk membantu mangsa tsunami yang telah trauma dengan kejadian yang berlaku pada 26 Disember 2004 itu.Aktiviti yang dijalankan ini menyebabkan bukan sahaja orang ramai malahan ahli korporat mempunyai perspektif yang positir terhadap syarikat elektronik dari Korea ini.Mereka berpendapat syarikat Samsung ini prihatin dan sedia membantu rakyat yang kesusahan.Peningkatan imej syarikat memudahkan syarikat melakukan pelbagai aktivti seperti mempromosi produk mereka.Hal ini disebabkan jenama produk mereka yang popular disebabkan kegiatan murni mereka.



Orang awam terutamanya golongan fakir miskin yang paling banyak menerima faedah daripada tanggungjawab sosial korporat.Hal ini kerana mereka merupakan golongan sasaran dan pelanggan utama tanggungjawab sosial korporat.Segala khidmat bakti dan sumbangan yang dihulurkan disalurkan kepada mereka.Golongan fakir miskin khususnya akan menerima sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan,malahan barangan elektrik seperti barangan Lg,makanan sepeti beras,serta pendidikan untuk kanak-kanak.Hal ini seterusnya membantu golongan yang berpendapatan paling rendah ini mengharungi kehidupan mereka dengan lebih lancar pada zaman inflasi tinggi ini.Selain itu,anak-anak mereka juga dapat melanjutkan pelajaran bukan sahaja ke sekolah rendah,menengah dan pusat latihan malahan ke institusi pengajian tinggi seperti yang dipapar oleh Tv3 dalam rancangan Bersamamu pada baru-baru ini.



Walau bagaimanapun,terdapat pelbagai masalah yang terpaksa syarikat hadapi apabila melaksanakan tanggungjawab sosial.Antara aspek yang mungkin syarikat mengalami masalah ialah risiko.Pengurusan risisko merupakan aspek utama dalam kebanyakkan strategi korporat.Hal ini kerana semakin tinggi risiko yang telah dihitungkan diambil,maka semakin tinggi pulangan yang diperolehi syarikat.Pelaksanaan tanggungjawab sosial akan meningkatkan imej syarikat dan menarik perhatian bukan sahaja orang awam malahan dari kerajaan,media,dan pemiutang.Sebarang kesilapan kecil yang dilakukan syarikat seperti kesilapan mengira nilai keuntungan dan nilai yang perlu disumbangkan.Hal ini menyebabkan reputasi yang telah lama dibina akan musnah dalam sekelip mata.Selain itu,mereka juga akan dikecam dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan rasuah dan skandal kerana disyaki menyalahgunakan wang sumbangan



Selain itu,orang awam turut menerima impak negatif daripada tanggungjawab sosial korporat ini.Hal ini kerana orang awam terutama fakir miskin berpotensi tinggi untuk dimanipulasikan oleh organisasi yang tidak bertanggungjawab.Mereka(golongan miskin) dipergunakan sebagai imej syarikat seterusnya menyebabkan orang awam melahirkan simpati dan menghulurkan derma kepada golongan miskin.Namun,hakikat sebenarnya wang tersebut hanya diberi beberapa peratus sahaja kepada golongan miskin dan selebihnya diambil syarikat ataupun individu yang berkuasa di dalam syarikat atas kepentingan peribadi.Syarikat yang tidak bertanggungjawab ini juga mampu bertindak melampau dengan mengubah kontrak tanpa pengetahuan fakir miskin yang sepatutnya menerima jumlah tertentu.Selain itu,terdapat juga syarikat yang menyalahgunakan label tanggungjawab sosial dengan melakuka penipuan seperti 'skim cepat kaya'.Mereka menjadikan golongan miskin yang banyak menerima sumbangan sebagai sasaran.Mereka menipu dengan menyatakan niat mereka untuk mengubah kehidupan warga miskin sebaliknya mereka hanya ingin mengambil wang sumbangan yang diterima golongan miskin itu sebelum menghilangkan diri.



Kesimpulanya,tanggungjawab sosial memberi pelbagai kesan postif dan negatif bukan sahaja kepada syarikat malahan orang awam juga.Sehubungan itu,syarikat perlulah mendalami integriti supaya strategi tanggungjawab sosial tidak disalahgunakan dan niat melakukan khidmat sosial adalah ikhlas serta mengekalkan imej baik syarikat.Orang awam juga perlulah menggunakan faedah yang diterima dengan sebaik mungkin bukan demi kepentingan individu,sebaliknya kepentingan keluarga dan masyarakat.Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan. Petikan mutiara kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
MUZAMIR BIN ARIS
( 206611 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan