Rabu, 18 Ogos 2010

PEMBANGUNAN AKADEMIK SUKAN : PEMANGKIN INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA


Sejak kebelakangan ini,perkembangan industri sukan negara telah semakin pesat dan lebih menyeluruh.Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan arena sukan.Kesan daripada sukan Komanwel 1998 memberi tanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan antarabangsa.Kejohanan pelbagai jenis sukan di peringkat antarabangsa telah pun diadakan dan telah dirancang oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan bagi memenuhi hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau 'hub' sukan di rantau ini.Kejohanan seperti temasya Sukan SEA,Hoki Piala Dunia (2002),Sukan FESPIC (2006),kejohanan tahunan Malaysia Grand Prix Formula One,Moto GP dan sebagainya mengukuhkan lagi bukti bahawa Malaysia mampu dan menjana kepakaran untuk menganjurkan temasya sukan peringkat antarabangsa.Bukan itu sahaja Malaysia juga menghadapi saingan untuk menjadi 'hub' sukan di rantau ini apabila,negar jiran Singapura juga berkempen untuk memasarkan negara itu sebagai 'hub' industri sukan antarabangsa dengan menawarkan pakej perkhidmatan sukan yang menarik kepada syarikat multinasional sukan dunia di samping menawar diri untuk menjadi tuan rumah kepada temasya-temasya sukan dunia seperti Singapore Grand Prix Formula One pada sebelah malam,Sukan Remaja Olimpik dan sebagainya.
Industri sukan merupakan suatu sektor yang mempunyai pembahagian yang banyak.Terdapat pelbagai sektor sukan profesional seperti (Liga Super dan Liga Perdana),sukan peringkat universiti (seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia,MASUM) sukan sekolah (Majlis Sukan Sekolah - sekolah Malaysia,MSSM),sukan antara kelab,sukan amatur,sukan massa dan aktiviti sukan yang mempunyai elemen komersil serta kemudahan rekreasi dan organisasi perkhidmatan sukan.Kalau dilihat dari penerapan nilai komersil dalam sukan tempatan,ianya dapat dikesan dengan konsep dasar 'Persyarikatan Malaysia' cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diterjemahkan oleh mantan Menteri Belia dan Sukan,Dato' Abdul Ghani Othman menerusi program Rakan Sukan di awal tahun 90-an.Konsep Rakan Sukan ini menggabungkan persefahaman dan kerjasama intim antara pihak kerajaan,sektor swasta (sebagai tanggungjawab dan menjadi nilai tambah komersil), persatuan dan peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.


Mohd Norazrin Bin Mohamad

205218

Tiada ulasan:

Catat Ulasan